Followers

Thursday, February 26, 2009

Farrihin masuk wad

Aduhai nak... baru jer jatuh hari sabtu lepas.. dah pulak kena serang virus... kesian anak mama nie...
3 hari selepas farrihin jatuh, demam farrihin masih tak surut. sekejap ok, sekejap panas.. dan yang paling x sedapnya keluar ruam kat muka macam kena demam campak. mama ingatkan memang demam campak.. so mama tak de ikhtiar sangat sebab demam campak ni senang nak baik.

esoknya, farrihin kena cirit birit dan muntah muntah.. jangankan makan, minum susu pon farrihin kurang. mama dah mula risau, mama takut kesan dari jatuh farrihin muntah- muntah . mama & abah tak sedap hati malam tu tengok keadaan farrihin lemah sangat. so mama ngan abah farrihin masuk air kat SJMC..


farrihin dapat duduk single room, so berkampunglah mama dan abah kat SJMC selama 2 hari 2 malam .
Kalau nak tau, abang-abang kembar pon masuk wad jugak 4 lepas farrihin keluar wad. sebabnya kena jangkit dengan farrihin ..., and mama, abah,atok and uwan pon terjangkit sekali.. sudahnya satu keluarga kena....




Tuesday, February 17, 2009

Tragedi Valentine’s Day

Date : 14th February 2009
Time: about 11.00 am
Venue: Kampung Paya Pelantar, Karak


Dalam pukul 10 pagi lepas abah tidurkan farihhin, abah letak kat atas katil sebelah mama yg tengah baca magazine. Abah nak ke pekan karak , nak gunting rambut.

Dalam 20 minit mama baring ngan farrihin kat atas katil, mama keluar bercerita ngan aki , mama hadang farrihin dengan dua lapis bantal. Leka sangat borak dengan aki, tiba2 mama dengar bunyi jatuh and farrihin menjerit dengan kuat & menangis.

Ya Allah…. tak sampai hati mama tengok dahi farrihin benjol bak separuh telur ayam.. mama pon menangis dibuatnya. Farrihin tak nangis lama, Cuma 5 minit je . mam kalut, mama tak mampu nak buat apa selain sapu mintak angin kat dahi farrihin .

Malam tu, farrihin demam , mungkin sebab tak selesa farrihin selalu terjaga dan kejutkan mama. Mungkin juga farrihin masih lemah semangat dek jatuh dari katil tinggi . dekat pukul 6 pagi ,demam farrihin makin meninggi. So mama and abah putuskan balik terus ke kl pagi tu jugak ( pagi tu patutnya abah dah plan nak memancing di kolam tok itam , terpaksa la dia tundakan hajat …)

Mama & abah bawa farrihin ke SJMC, ward emergency. Dr yg check farrihin kata farrihin x de apa2, tapi mama ngan abah nak buat CT Scan, risau kalau2 ada darah beku kat kepala..


1. Dah nak mula scan



2. Buat CT Scan kat SJMC .. Mama pon x pernah experience CT Scan lagi nak

3. farrihin kena bagi ubat tidur. tu yang tido nyenyak sangat..
4. Kesian sungguh anak mama ....


Alhamdulillah… Cuma retak kecil and doktor kata retak tu boleh baik dengan sendirinya.. Mama minta maaf sayang… mama tak sengaja.. mama janji.. lepas nie mama akan jaga anak mama dengan baik.. and mama dah gezetkan akta, farrihin x boleh tido sorang atas katil sampai farrihin besar…

Related Posts with Thumbnails