Followers

Saturday, April 25, 2009

Kalau ada rezeki, tak ke mana..

kakak saya berkahwin 5 tahun awal dari saya, dia berkahwin dengan seorang suami yg sangat penyayang dan baik hati . Abang ipar saya Orang sabah. berketurunan Dusun Kadazan . Bagi saya kakak cukup bertuah mempunyai suami yg sangat understanding .


Entry kali ini bukan untuk menceritakan kisah cinta mereka , tapi saya ingin ceritakan bagaimana cekalnya kakak & abang ipar saya Sepanjang 5 tahun pertama berusaha untuk memperolehi zuriat .


Kakak mula mencari kaedah alternatif setelah setahun mencuba utk mendapatkan anak. kerana terlalu harapkan untuk mengandung, kakak terus berjumpa Pakar sakit buat no 1 di Malaysia , Dr Hamid Arshad . Pada awalnya Dr dapati kakak ada SIS dibahagian rahim , mujur ketumbuhan SIS tidak perlu dibuang secara pembedahan , Dr cuma beri makan ubat , dan ketumbuhan SIS dapat di buang . Atas nasihat Dr, kakak mula makan ubat hormon untuk meningkatkan tahap kesuburan, tapi semakin dimakan , berat badan kakak naik mendadak .


Di samping kaedah traditional , Kakak mencuba juga kaedah moden , teknik IUI . Percubaan pertama gagal, Percubaan ke dua gagal , Percubaan ke tiga , ke empat , ke lima juga gagal . kakak mula putus harapan . Duit dah banyak habis . sekali buat , dekat seribu habis . itu belum lagi belanja ubat n lain2 consultant . Ibu dan ayah lah org yang paling susah hati. Pada Bulan Ramadhan tahun 2004, Ibu ayah mengajak kami sekeluarga mengerjakan Umrah, salah satu sebab utama untuk mendoakan kakak n abang dapat menimang cahaya mata . Balik dari umrah , atas nasihat ibu , kakak cuba lagi kaedah IUI buat kali yg ke enam. Namun gagal juga.... kakak mula berserah pada takdir.


Betullah kata org, Kalau ada rezeki tak kemana, Pada tahun 2006, Kakak dapat 'offer' untuk buat IUI sekali lagi di Hospital Kerajaan dengan bayaran cuma Seringgit. Itu pun cuma yuran pendaftaran . Alhamdulillah, dengan hanya sekali buat, hasilnya positive! Kakak di sahkan mengandung seminggu selepas majlis menyambut menantu perkahwinan saya di kuantan,lebih menggembirakan kakak mengandung kembar !



Kakak & Abang with their babies


Sebenarnya, ucapan terima kasih perlu di berikan kepada ibu, dialah org yg tak putus2 berdoa agar kakak dapat anak cepat , dan biarlah kakak dapat cahaya mata dahulu sebelum saya . Nak dijadikan cerita, Saya di sahkan mengandung sebulan selepas kakak, hahaha.. Makbul lah Doa ibu. Seorang pernah berkata pada saya, Kalaulah manusia tahu betapa hebatnya senjata doa, mesti manusia tak akan putus2 berdoa siang dan malam memohan hajat dan petunjuk dari Allah swt...


Saya & kakak sewaktu pengalaman menggandung pertama.. Perut kakak lagi besar,carry 2




Sekarang, anak2 kakak dah pon berusia setahun , Yang sulung bernama Afnan, Yang ke 2 bernama Afwan. Yang bestnya anak2 kakak ni kembar seiras . Sampai sekarang pon atok diorang tak dapat beza mana afnan & mana afwan. Macam mana nak kenal mereka??!.. nantilah saya cerita di entry yg lain pula.. tunggu.....


Teka. Mana yang mana along & yang mana angah ??

Yg Tengah tu farrihin....


Thursday, April 16, 2009

Farrihin @ EXORA Launching

Rabu lepas saya bawa farrihin ke KL Convention Center , Saya hadiri program pelancaran kereta Proton yg ke -15, Proton Exora . Sebabkan hajat di hati nie nak sangat bawa farrihin tengok kete Exora, so terpaksa lah keluar opis awal.Saya memang berharap sgt dapat bawa farrihin tengok program pelancaran kereta proton yg ke -15 nie.
Ibu ayah pernah bercerita , 24 tahun dulu, saya pernah menangis atas tanah minta dibawa ke pelancaran kereta Proton Saga , umur saya masa tu baru 2 tahun .

Dengan bahasa pelat saya kata ‘nak ngok ton naga.. nak ngok ton naga’…. ( Nak Tengok Proton Saga)

Tak de siapa pon antara sepupu2 saya yang nak bawa dan dukung saya sebab saya sungguh tembam dan berat. Namun, Tangisan dan amukkan saya membuahkan hasil. Uwan saya kerahkan juga sepupu2 saya bawa saya ke pelancaran . sampai sekarang Saya tak tahu siapa yg jadi mangsa menanggung keberatan saya .huhu.. . tapi itu 24 tahun dulu, sekarang dah jadi salah seorang warga kerja proton . Hari-hari bole tengok kereta proton . keke ..

Simboliknya , saya bawa farrihin untuk dia merasa sendiri pelancaran kereta nasional , sungguhpun dia masih kecil dan tak tahu apa yg berlaku , Tapi mungkin satu hari hari dia pulak bawa cucu saya ke pelancaran kereta proton yg ke -30 .. Saya dapat melihat pelancaran kereta proton yg pertama, Farrihin yg ke -15 , cucu saya yg ke-30 . Siapa tahu..

Pada mula memang tak terfikir pon nak bawa farrihin ke launcing exora ,al maklumlah.. Program ni kan program formal & tertutup , Malam plak tue.. Tapi bila dapat green light dari abah farrihin yg kata dia bole tunggu kat luar dewan convention center , Abah farrihin kata nak having Father & Son Night Outing day sambil bawa farrihin jalan2 ke Aquaria & petrosains and having teh tarik Session kat Pelita Nasi Kandar sementara tunggu program pelancaran selesai dalam dewan .. huh.. What a man..



Dinner

Program pelancaran Proton Exora amat menarik, dan saya rasa inilah pelancaran yg terbaik berbanding kereta proton yang lepas . Sungguh teratur dan kemas . Mungkin kerana inilah Model MPV pertama Malaysia , dan Malaysia adalah negara islam pertama yg mengeluarkan MPV . Jauh di sudut hati, rasa sangat bertuah menjadi sebahagian warga kerja proton yg boleh melihat sendiri perjalanan kelahiran model MPV in

Antara gambar2 dalam hall & pelancaran ;

Dlm hall : From left , Kak Yati , Kak Zila , me and Nida

Faizal & Ikram

Bila berada di dalam dewan , kami dikejutkan dgn kedatangan Yg Berbahagia Tun Dr Mahadhir dan Siti Hasmah . Kalau tidak disebabkan idea, kepimpinan dan legasi beliau 26 tahun lalu.. Proton takkan wujud. Saga, Wira, Waja ,Gen2, Persona , New Saga dan Exora takkan mungkin berada di atas jalan raya seluruh dunia . Aduhai.. besarnya jasamu Tun! . Memang saya berhajat sangat2 nak bawa farrihin bergambar dengan kedua2 tun selepas pelancaran. Tapi hajat tak kesampaian. Frustnyer sungguh tak dapat bergambar dengan Tun .. ramai sangat yg block . dapat salam jer.. Tak pa la.. salam pon jadi la .. janji dia perasan muka aku.. keke



I'm Blessed to grew up at his Era


well , nie adalah gamba2 dengan farrihin after launching ... dah pukul 11 malam, farrihin x nak tido lagi.. ngantuk pon tidak..



Member2 Group Quality

OK, berbalik kepada cerita exora tadi, Kepada sesiapa yg terasa , teringin, terlintas , ataupon memang nk beli kereta exora nie.. saya nk bagi recommendation 101% supaya beli la variant High Line, anda takkan sangka harga yg sangat reasonable boleh dapat Navigation System, Auto Cruise, DVD,LCD Monitor with SD/MMC Slot & USB Port, Radio with CD, MPC Player, WMA & Bluetooth , Electric Remote side mirror, Dual airbags with Pre-tensioner seat belt ,Anti-Block Braking System with EBD + Backup EBD dan banyak lagi kalau nak cerita semua nie hanya RM 75 900, kurang separuh harga kereta MPV2 yg lain . So.. Siapa nk beli?? Cepat2.. Zarah.. ko tak nak angkat satu? wafa da buy Persona , ko buy exora la.... kekeke..


Wednesday, April 8, 2009

Di suatu Pagi ...

Note: Gamba ini diambil masa farrihin masih blm gunting rambut


1. Macam nie la pesen farrihin tido hari-hari.. sejak farrihin jatuh hari tu dah jarang letak farrihin tido atas katil. unless kalau mama or abah yg hadang . tapi farrihin nie sangat lasak , mama pernah terbangun malam tengok farrihin sedap tido kat tepi pintu. Aduh.. kalau ade pertandingan guling mengguling masa tido, memang kena daftar nama farrihin. comfirm menang!

2. Dah nak bangun . Biasanya kalau mama kejutkan farrihin susah sikit nak bangun, makin digerak makin tido.. so bab kejut mengejut nie mama serahkan pada abah.



3. Uih... nembang nyer idung.... Tengok tu.. air liur basi pon ade lagi.. keke .....Memang rindukan bau masam farrihin masa nie..



4. Masih ngantuk lagi ke nak??... yg bestnyer farrihin nie x meragam bila kena gerak.. tapi masih mamai2 lagi tu...



5. Dah mula merangkak. maksudnya da sedar 100%. dan mula mencari2 kerja untuk pagi nie.. ade la benda yg dihajatnyer ..




6. Senangnya dalam hati.. perut da kenyang makan breakfast mama tadi.. now bole la pi mandi..

Friday, April 3, 2009

Farrihin's New hair style....

Rambut farrihin sangat lebat dan cepat panjang. Sampai org yg tak tau ingat mama nie ade baby girl.. bukan baby boy. Tapi bukan tu penyebab mama gunting rambut farrihin, abah dari dulu lagi kuat nak trim rambut farrihin biar botak lagi sekali . Kalau ikutkan hati mama nie , mama nak je simpan rambut tu, biar lagi panjang. rase sayang nak gunting .
















Sebelum & Selepas

Sebabkan kesian dgn farrihin yang cepat berpeluh, and tak tahan panas.. , dan sejak akhir2 nie mama tengok farrihin dan kerap garu kepala ,buat mama suruh abah ambik ketam rambut and gunting rambut farrihin time farrihin tido.. inilah hasilnya..





Related Posts with Thumbnails