Followers

Wednesday, July 29, 2009

PERMATA HATI - GIVEAWAY


Lagi pasal giveaway..


Aku join giveaway nie sebab senang sangat contest dia. Tuan pengajur , kak aspalila nie pandai buat handmade totebag ... syaratnyer just bagi komen pasal beg nie..


Bagi aku , pertama kali aku nengok blog tote boutique nie kat blog yatie masa tu 1st time kak aspalila nie buat give away aku and dah berkenan sungguh ngan handmade bag dia, aku terus oda dua beg. Plus aku suke gile2 ngan design english style beg nie.. nampak sgt exclusive.. famenin ... & sweet.. . and the most important, harga dia pon x mahal mana ..


bab design2 reben ke, fabrik x sesuai ke..nie aku x reti nk komen. coz bagi aku lawa jer combination warna fabrik ngan reben beg kak aspalila nie .. aku bole bagi 5 star utk cretivity dia..


siapa yg teringin nk join giveaway nie, click kat sini..


P/S: hopefully beg yg aku oda pon cantek cam beg design PERMATA HATI nie...

Monday, July 27, 2009

Kenapa Aku rasa bersalah???

Aku pernah ceritakan kisag 2 staff aku yg bermasaalah dalam entry aku yg lepas, Aku ingin melepaskan mereka pergi Part 1 & Part 2

Hari ini adalah titik noktahnya mereka berdua bekerja dgn kami. Ibu ayah dah x tahan dgn mereka berdua so diorang suruh Si A n SI B nie berhenti serta merta.. Tapi kenapa pulak aku yg rasa bersalah???... aduh.. bencinya perasaan nie....

Mungkin aku la puncanya, Aku ke yg menyiram minyak ke atas api yg panas..?.. ibu mmg dari semalam geram ngan perangai malas kerja diorang , semalam customer terpaksa menunggu lama di salonn.. diorang pulak hilang entah kemana... ke aku yg terlalu sensitif?? ...Tapi aku rasa tindakkan aku betul! takkan aku pulak nk jadi dayus??

~''~



Hari ni aku ke Salon shah Alam MAll, Niat dihati nk check diorang puctual ke tak datang kerja. Tapi aku terlewat sedikit, Kakak ipar aku ada dirumah. Tapi aku nekadkan hati utk Pergi jugak buat sport check..


Jadi plan asal nk datang tepat kul 10.30 x berhasil, aku ingatkan nk buat diorang terkejut aku datang awal2 pagi.. tapi aku plak yg terkejut, da dekat kul 12, kedai tak buka2 lagi.!!!. org da ramai di Mall, kedai aku jer yg x dibukak?? apa kes?.... Aku geram terus call ibu dan ayah mengadu hal nie.

Tak lama lepas tu Si A Sampai bersama suami dia .. Aku dgr hp dia berbunyi , aku dah agak ibu yg call..

Ibu suruh dia berhenti selepas alasan kenapa dia lewat x munasabah..


Sekarang, Si A tengah kemas barang2 dia, YG suami dia mencuka macam nak telan aku.. mungkin dia ingat aku yg hasut ibu suh berhentikan isteri dia... Kenapa la aku terhimpit dalam dilema ni skrg??...

Ibu.... Cepat La datang..................

Saturday, July 25, 2009

21st May 2008- Lahirnya putra sulungku,,,,



Teringin nk join giveaway contest anjuran ibu Addin & Nasa, walaupon rase cam da terlambat, tapi nk join senang jer.. ceritakan pengalaman bersalin anak pertama,sebabnya saya dah pernah buat entry pasal kisah pengalaman bersalin nie.. harapnya tuan penganjur x kisah kalau saya guna entry yg sama..


Hadiah dia best , sapa bertuah boleh dapat Crabtree & Evelyn products.. memang teringin sgt nk cuba produk nie.. sebab asyik singgah jer kat outlet diorang.. tapi x pernah beli2 gak.. huhu....








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selasa, 20th May 2008.

8.30 pagi- hari itu genap 3 minggu mama tak pergi kerja. Hari itu abah masuk lambat ke office. Awal pagi lagi abah dan mama ke kajang dulu ambik pasport abah yang baru siap. Bulan depan abah ke China.

10.00 pagi- Selesai urusan passport, abah hantar mama ke rumah uwan . sejak mama cuti, setiap pagi abah akan hantar mama ke rumah uwan . senang abah jemput kalau mama rasa sakit nak bersalin. Lagipun, bole la mama berkawan dengan ibu yang baru dalam pantang bersalinkan si kembar along dan angah.

3.30 petang- Sedang mama dok asyik bergosip dengan ibu, darah turun. Mama ingat dah sampai masa anak mama nie nak jumpa mama. Mama pon telefon abah walaupun mama tak rasa sakit nak bersalin.15 minit kemudian abah sampai. Mama dah agak abah mesti bawa laju, sampai tayar Michelin abah pon bau hangit sampai ke dalam rumah…kekeke

4.30 petang- mama dan abah sampai ke dewan bersalin SJMC. Since mama tak rasa sakit apa apa lagi nurse tak layan mama sangat. Dia suruh mama baring jer.. sambil periksa contraction . kebetulan ramai pulak yg bersalin hari tu..


11.30 malam – Nurse datang lagi ke bilik mama setelah berjam mama ditinggalkan. Mama tinggal sorang jer coz Abah balik rumah kelana jaya sekejap rehat kat sana .Mama tak kisah sebab mama masih tak rase sakit lagi.
‘Kepala anak akak dah rasa nie, dah ke bawah.. dan 2.5 cm buka" nurse tu kata kat mama..
Tak sabarnya mama nak jumpa anak mama masa tue….

Rabu , 21st May 2008

3.30 pagi - Mama terbangun dari tidur bila nurse datang check mama semula. Dia kata dia nak induce mama supaya cepat mama bersalin . masa nie mama dah rasa sakit nak bersalin bila ubat masuk dalam badan mama. Sakit sangat sampai mama terpaksa gerakkan abah dari tidur untuk temankan mama. Setengah jam kemudian abah datang. Kesian abah…


7.30 pagi – Mama terbangun dari tidur lagi bila Dr Delaila dan nurse tiba tiba serbu bilik bersalin mama. Dia angkat kaki mama dan terus pecahkan air ketuban mama. Dr kata mama akan rasa sakit lepas nie .Tanpa fikir panjang, mama terus kata mama nak minta ubat bius, suntikkan epidural kat tulang belakang mama supaya badan mama kebas dan mama tak rasa sakit.. Dr Robert, Dr khas untuk suntik epidural dekat tulang belakang mama. Dr Robert ni sangat teliti orang nya.. dia buat kerja satu persatu . Abah kata memang macam ni la caranya kalau nak ambil suntikkan epidural. Sebab kalau tersilap suntik, boleh lumpuh jadinya.. Dengar abah kata macam tu, buat seketika mama rasa menyesal pula ambil suntikkan epidural ni. Tapi Syukur.. Alhamdulillah.. Mama buat pilihan yang tepat


12.30 tengah hari – Mama dah mula risau kenapa sampai sekarang mama tak bersalin lagi. Mama risau keadaan anak mama kat dalam . Mama takut anak mama lemas sebab dah tak ada air kutuban .. uwan, atok dan mak ngan dekat bilik menunggu pun dah mula cemas. Nurse kuatkan lagi ubat induce supaya cepat mama bersalin. Bukaan rahim mama masih 3cm



4.30 Petang- Mama tak bersalin lagi . Abah masih setia menunggu mama dan farrihin keluar . Dia tak sabar nak jumpa si hero yang sorang nie.. Dr Delaila datang check mama semua. Dia bagi tempoh sejam lagi .Kalau bukaan ramin masih 3 cm , tak ada cara lain , dia nak operate mama. Dr Delaila kata kepala anak mama dia dah rasa. Anak mama ni nak keluar, tapi laluan dia sempit. Aduhai sayang….


5.30 petang – Sah! Mama kena operate. Dengan cemas nya nurse dan bidan siap kan mama untuk ke dewan bedah. Tak bole biarkan anak mama lama kat dalam . nanti anak mama ni lemas. Nasib baik mama dah siap2 ambik epidural untuk bius badan mama. Tak la lama sangat mama nak tunggu untuk dibedah. Mama minta abah ikut sekali mama masuk ke Operation Theater. Tapi diorang tak benarkan abah ikut sekali. Mama semakin takut bila diorang tolak mama ke dewan bedah tanpa ditemani abah….


6.02 petang – Mama dah siap untuk dibedah. Dr Delaila yang bedah perut mama, Sorang Dr lagi, Dr Robert ( Dr yang incharge epidural) di belakang mama . Mama dibiarkan berjaga masa dibedah. Walaupun sangat cemas .. mama kuatkan hati juga.. Anak mama mesti keluar !. Satu persatu pesatu lapisan perut mama dipotong. Sampai ke lapisan ke 3. Masa perut mama dipotong, tak rasa sakit sangat, mama cuma rasa macam perut ditoreh dengan pembaris .
Even mama berjaga, mama tak dapat tengok proses perut mama dipotong sampai diorang keluarkan Farrihin . pandangan mama ditutup dengan tabir, Cuma Dr Robert, yang dibelakang mama yang menjadi mata kepada mama.

Bila mana Dr delaila selak perut mama sambil cuba mengambil keluar sayang , Dr Robert kata pada mama “ Now We See The baby”.. sambil menepuk2 bahu mama.

Mama rasa sakit yang amat sangat bila pembantu Dr Delaila menghentak-hentak dada mama dengan sangat kuat untuk keluarkan sayang . Mama menjerit sekuat kuat hati…
“2 minute… 2 minute….We See the baby”… Dr Robert kata pada mama sambil menepuk bahu mama ..

Keadaan berlarutan selama hampir 10 minit . Dada mama masih dihentak dengan sangat kuat . “2 minute.. 2minute….”Dr Robert berusaha menenangkan mama . Allah saja yang tahu betapa siksanya mama .

Sudah 15 minit berlalu, anak mama tak dapat keluar juga mama dapat rasakan sesuatu yang tak kena pada anak mama, kenapa payah sangat nak keluar?...



6.23 petang – Mama dapat rasa daya yang menarik anak mama keluar sampai perut mama ternaik.. Cemas mama tak surut-surut bilamana , anak mama yang baru keluar tak menangis . Keadaan bilik yang riuh tadi diam seketika tatkala anak mama ni keluar tidak bersuara. Dr. Robert yang menjadi mata kepada mama juga diam membisu. Dr delaila lagilah tak berkata. Dia Cuma menyudahkan kerjanya dengan menjahit kembali perut mama. Anak mama dah diserahkan kepada pediatrician, Dr Sanjay

6.25 petang – Ya Allah , Selamatkanlah Anakku.. Sudah 2 minit sayang keluar, mama masih lagi tak dapat dengar tangisan anak mama… mama semakin cemas . mama menangis semahu mahunya…. Kalaulah apa-apa terjadi pada anak mama… dapatkah mama tabahkan hati mama nie?...

6.28 petang – Anak mama mula bersuara, disusuli dengan teriakkan yang amat kuat 3 minit kemudian sehingga bingit telinga manusia2 di dalam operation theater.., “ kuatnya suara” … kata Dr Delaila. Mama tersenyum puas….jerit la nak.. jerit sepuas puas hati… Dr Sanjay datang kepada mama.. “Afidah.. congratulations… u got a lovely baby boy , everthings fine now”… Syukur.. Alhamdulillah..


Mama cium bekali- kali anak mama yang masih menangis sebelum sayang dihantar kepada abah , memang mama dapat anak yang comel dan pejal, sungguhpun terdapat tanda lebam di dahi . Puasnya hati mama mengandung dan melahirkan anak sulung mama nie. Mama menangis lagi… menangis kegembiraan..


8.00 malam – Selesai recovery session, mama dibawa keluar dari bilik pembedahan. Abah dah menunggu di luar pintu, abah memandang mama tanda puas. Mama membalas dengan isyarat menunjuk kening dan hidung kepada abah. Dalam hati mama, mama nak bagi tahu abah, Farrihin dapat hidung dan kening abah….



11.30 Malam - Dr delaila datang melawat mama dibilik, Dr delaila bagi tahu mama yang terdapat komplikasi semasa di dewan pembedahan, anak mama dah lemas dan tersangkut di tulang serviks akibat dari proses contraction yang lama dan tulang serviks tak membuka, tu punca kesukaran mengeluarkan anak mama …. Farrihin bertambah lemas disebabkan lebih 10 jam air ketuban dipecahkan..

Sayang… Alhamdulillahlah… 21st May 2008 sudah berlalu… Sekarang anak mama dah semakin kuat dan sihat….

Monday, July 20, 2009

My Ajrinna....


Sebelum saya tamatkan pengajian di universiti tahun 2006, Saya pernah berjanji dgn Si dia yg saya ingin postkan entry mengenai dia satu hari nanti saya jika mempunyai blog. Saya tak tahu si dia masih ingat lagi ke tak janji2 saya. Tapi selepas kami berpisah, sepanjang 4 tahun yg lalu, dah lebih 100 helai kertas contengan saya mencari ayat ayat yg sesuai untuk menceritakan tentang dirinya . Saya harap, kali ini, janji saya kepada dia tertunai.

1. Adrina. She is very good is spelling , dia umpama kamus bergerak saya. kekeke


2. Susah nk discribe ayat mana yg sesuai untuk menjelaskan persahabatan kami. sebab kami prefer utk jadi lone ranger masa zaman unitversiti dulu. Tapi bila saya pelukan teman , memang dia yg terlintas di kepala saya . walau macam mana sibuk pon dia, dia pasti meluangkan masa bersama saya.

3. Saya bertemu dengan dia bila pertama kali saya menjejakkan kaki ke USM.Masa Kami 1st year, kami berkongsi bilik dgn dua lagi senior. Nak jadi rezeki bila kami final year kami dapat bilik yg sama. yg best bilik tu untuk kami berdua jer...


4. Di kalangan kawan kawan, dia dikenali dgn nama 'ein', tapi saya suka ajuk nama dia ajirnnaaa... and dia ajuk saya balik as apidaaaaa.... huhuhu..


5. We both share the same hobby . Shopping!!.. i still remember 1 of her favorite words , 'aku semakin boring ngan baju baju aku'.. and saya reply , 'aku pon'.. within 10 min we get dress and went to The Mall , at Butterworth . hahaha...kalau kami rajin sket. Gurney plaza kat batu ferringgi pon kami terjah!! . and the most important think before we go back to campus, we stop at secret recipe Juru, to bought choc mud cake. yummy!!!...


6.Once, I make her in pain . We use to have our dinner together outside the campus. I prefer to complete my assigment before we having our dinner. One night, With out knowing her , i keep her waiting me to complete my task. after makan, perut dia masuk angin, and she cry..!!.. kalau di ingatkan balik, rase sangat2 menyesal biarkan dia menunggu,ein, if u read this, so sorry dear~


7. Ajrinna is beautiful at her own way . All of my family like her so much


8.We always celebrate our birthday together . sebabnya, birthday kami selang sehari jer, birthday dia 21st July, birthday saya 23rd july.. so 22nd July is the day we celebrate birthday together... tiap tiap tahun ada je aktiviti best kami nk celebrate birthday, yg paling best masa final year la... pi theme park tengahari buta!!



9.Masa di hujung semester, saya menghadapi konflik yg sgt hebat dgn org2 sekeliling sehinggakan sy mengasingkan diri dari rakan2 lain. Dialah peneman saya semasa saya sangat down .Dia jugalah yg menceriakan hari hari penghujung zaman universiti saya.


10. Masa cepat sangat berlalu, After 4 years, she now became a wife, a mommy to be, and a mature woman.. we have follow our own path in life ... she now work and settle down at her hometown in miri, and i'm not remember when is the last day we meet each other.


11. I never told her that how blessed i am to meet her. her friendship coloured my campus life... but i hope she is having a wonderful birthday yesterday with her beloved family .






~HAPPY BIRTDAY EIN~









US. The last day we both together at our campus. Ein need to catch her flight at noon .


At bukit Merah laketown resort. The day we celebrate our 23rd birthday Together.
At the Center, Kila


Ein n kila like to help me with my business



At Her Wedding day..

saya x dapat datang sebab dah masa nk bersalin.. :( But the tudung she wear is present by me!


Ein The latest,

This pic taken by my hubby yg accidently meet her at miri... She is very hot mummy...


Thursday, July 9, 2009

AliceWonders.com Charity Project

Ade sesiapa lagi x pernah dgr alicewonders.com?? kepada ibu2 yg selalu join blogging contest sure da kenal sgt dgn penaja hadiah nie.. Kepada sesiapa yg x pernah dgr lagi.. pi lah cuci2 mata jenguk design beg yg menarik....

n3 nie bukan nk menang contest organize by alice wonder.. tapi saje nk promote kat kengkawan Project terbaru alicewonders.com supaya membeli sambil menderma .. Promotion baru from alicewonders.com , kita bole buat custom made design laptop sleeve dgn harga 50 hinggit jer.. kite bole pilih any design yg kite suke kat web or kite bole design sendiri ikut citarasa kite. menarik kan?!... and rasa sangat2 berbaloi dgn harga 50 ringgit dapat satu custom made design! .. the most important half of the actual price will be donated!!
Saya dah berjaya menempah satu dgn design yg saya reka sendiri.... nie la designnya...
huhu...wajah2 farrihin sejak lahir sampai la sekarang .
Terubat rindu kat farrihin kalau nengok ragam2 farrihin kat laptop sleeve nanti
X sabarnyer nk recieved my costum made design laptop sleeve!!

Wednesday, July 8, 2009

Farrihin's Bad Habbit


Lately farrihin suke sangat jelir lidah cenggini...
Apa nk buat???

Thursday, July 2, 2009

Peter Rabbit and Friends…

One of our rabbit died today. We not know clearly why she died. Early in the morning, our rabbit just died. But for sure, we give them a bath last Sunday.

My hubby bought 3 5 month old rabbit last2 week, 1 boy, and 2 girls. The boy, we named it as Peter Rabbit. Coz he is brown in color like the famous Peter Rabbit. But the 2 girls, its white but one has red eye, and the other is black. We haven’t found a name for both 2 girls yet, but they known as peter rabbit's friends.

The one who just died is the red eye girl rabbit. How sad... we haven’t had much memorable time together.

In memory of Peter Rabbit Friend. ~Feb 09 – June 09 ~






Related Posts with Thumbnails