Followers

Thursday, September 30, 2010

a token of friendship

just received this from a good friend of mine .... its so touch that my tears drop so sudden . owhhh.. how i hate this to happen .. but  what can i do .... this is a cycle of life ... bertemu dan berpisah adat manusia biasa 

Hari ini tiada senda dalam bicara
Deru air mata merupakan segalanya
Sang hati bicara sendiri
Patah tumbuh takkan berganti

Di bumi yang bertuah ini
Diriku mula mengenali
Nilai sebuah ukwah sejati
Datangnya penyeri hilangnya di tangisi

Wahai teman seperjuangan
Dengarlah harapanku ini
Ku Pohon untukmu dlm doaku
Dirimu secekal Fatimah (R.A) yang satu


P/s: Gonna miss you forever & ever

P/ss: Take care

P/sss: Have fun on your long vacation


To this friend of mine  , 
tho i never said this from my mouth 
just wanna let u know
your friendship will remain blossom in my hearts...

Open House

dalam sebulan ni mesti byk cite bout rumah terbuka kan ..

i malas nk cite lebih .. coz aktiviti dia makan .. makan ... dan makan !

so layan jer gamba my officemate ajak pi open house rumah my opis mate masa lunch yesterday, byk betul kami nie melantak tak hingat...ade nasik himpit , kuah lodeh , rendang , nasi goreng , mee jawa .. nyam2..

i yg over posing . :P


dan mereka2 yg terover makan ..haha

dgn tak malunya kami habiskan kueh raya ...


all my officemate .. most of them are guyss



sikitkan ladies kat my dept ... 


p/s : hari nie ade jamuan raya my dept lagik.. best2..

p/s : semalam i post email leave notification @ my company .. sungguh sedih & terharu , ramai nya wish ..

p/s : dalam suka nk cuti.. ada duka.. bile my pengganti ambik  new project which suppose to be my project ! sungguh sedih!!! .. rase hati nie disiat2 rasenya bile dia bersiap2 nak ke meeting tue.. aduhhhhhhh... 









Wednesday, September 29, 2010

Chu! Chu! Train ...

all my 3 tots love love love trains.. every time tavel from my house to my mom's office  , sure they looking for  LRT/Putra/Monarail /Commuter  sekitar KL nie ..

so last night , i bought them Thomas & Friends Motor Train and Railways ...  melompat2 keriangan la diorang ..suke tak hingat..


mula2 kusyuk jer nengok dari jauh .. da pesan kat 3 hero nie .. NO TOUCH ! .. sume angguk tanda paham..


tapi after sometimes mana hati diorang nie dapat tahan kan ..geram kot nengok thomas tue .. Touch jugak...

time nie da start aksi melepuk da .. si Farrihin n Along dua2 berebut  nak pegang Thomas Train tue.. yg si angah plak marah sebab usik train tue.. haiyaaaa

at the end ... sampai panjat meja la.. haha...



kusyuk main , sampai kul 12 pon mata segar x nak tido lagi.. disuruhnya tido , menjerit ke tiga2 awang kenits nie say No No No..

so my sister bagi idea letak train tu kat bawah.. masing2 dibagi bantal ... so sambil baring sambil nengok train tu berpusing...


Sooooooooo Obsessed  dgn Train ! 

Tuesday, September 28, 2010

bibik oh bibik

i sebenarnya malas nk tulis cerita pasal my bibik nie .. padahal tiap2 hari hati nie geram jerk dek perangai dia .. but since today is her last day here in Malaysia and as our bibik i nk cite gak , bukan nk malukan dia , (dia bukannya baca blog pon kan..) just nak share supaya all of u jadikan iktibar .. ade maid nie bukan segalanya mudah ...


Ya .. my bibik terpaksa dihantar pulang coz result FOMEMA dia x lulus , dia baru datang , baru 4 bulan bekerja dgn kami .. tapi aduh.. terasa seperti 4 tahun lamanya menanggung derita .. haha..

i bet , siapa yg ade bibik sure ade cerita diorang masing masing .. byk byk kesalahan dia , 1 yg paling2  tak suka dia tak ikhlas buat keje , mind u , bile kami nak keluar jer .. sampai pintu2 rumah dia lap , tutup gate tunjuk kerajinan dia .. bile kami  da keluar jer ..  dia tido, tengok TV , dan apa2 yg sewaktu dgn nya .. bile kami balik jer .. perkkhh tunjuk rajin tak ingat .. sampai pukul 1 pagi dia x tido lagi ( mmg la x tido , pagi da puas tido)

dia mmg kuat tido , sangat sangat kuat tido , sampai kupas bawang pon dia bole tido .. pastu when my mom sergah dia , dia bole say .. 'saya tidak tidur...' cisssssss


more , dia nie tak layak jadi pembantu rumah . coz mmg x reti buat keje2 rumah  ;

1. dia mop dulu , baru dia sapu lantai .. benda nie dah ditego berpuluh2 kali .. still buat benda yg sama .. da tu .. sapu pon x bersih .. sudahnya kami yg terpaksa bersihkan ..

2. dia lap my kitchen table top , pakai berus dawai .. sudahnyer bercalar la my table top.. tak sampai setahun pon usia kitchen kabinet i .. T_T

3. nak bersih kabinet dapur , dia pancutnyer air dari getah hose to my cabinet . terkejut gile adik i nengok .. pastu bile adik i tego say rosak la kabinet tu..  dia pulak mengajar adik i , mmg hangin betul!

4. penah one day , my mom tengok , dalam baju2 yg sedang dibasuh ,ade pampers ! .. dia masukkan sekali pampers dgn baju dalam washing machine ! duh!~

5. letak baju2 merata2 tempat , susah betul i nak carik ..ni  nak cerita .. dekat 2 minggu i cari my SPANX ( owh , sapa nk order spanx lagi can email direct to my SIL ) , tapi tak jumpa2 .. tau mana i jumpa ? kat tempat baju2 farrihin . i ask her , napa letak kat situ ? dia say dia ingatkan seluar farrihin... alalala ..her dummies make me speachless !!

6. masa jaga si awang2 kenits kat atas, sempatnya dia tido..( i tau nie coz kantoi farrihin ambik gamba dia tido guna my camera ) dia biarkan farrihin n his twin couzy main kat atas alone ..  dibuatnya budak2 tu jatuh kat tangga , how ??


7 . yg nie yg best and funny  .. dia nie act like dia nie one of us .. i pon x paham napa.. but every time gamba family , gamba raya ramai2 .. dia mesti enterframe .. aduh.. rosak gamba keluarga kami!..

                                                                        see this


@ kampung ...actually , dalam ramai2 nie .. mmg betul2 tak perasan ada dia menyelit , bile da trasfer gamba.. masing2 tergelak ..



@ my house , part nie pon funny .. bole nyer .. dia dari dapur , berlari dia ke depan umah nak ambik gamba jugak...

but , i think , ade yg x kisah kan bergamba sama2 maid diorang.. but for me , no no no .. ini gamba keluarga.. da la tu .. bukan senang nak ambik gamba reramai cam nie . cuma time raya jer.. eyyy.. tak suka!


owh .. ade satu gamba lagi yg buat i tepuk dahi..
'
'
'



this suppose to be gamba gediks i with my couzy .. tiba2.. nengok la kat belakang tuh! ada jugak dia nk menyelit!!! .. haiyoooooo .. fening fening

ok , itu je la cerita bout bibik .. tho byk lagi nk story pasal perangai2 bibik nie.. like kuat makan .. duh .. kuat sgt makan , bukan takat foods , sampai my mom n dad suppliments , my rxLite , also my BIL ali kafe sume pon disapunya sampai habis.. but.. sabo jer la kan..

marah mmg marah .. tapi i pon x suka marah selalu.. dia pon tua dari i kan.. kena ade siiiikit rase hormat la..


ok, i baru nak story (actually tu selingan jer... i nak cite yg nie ..haha)

Last night kami bagitau dia FOMEMA dia x lulus ,and kena balik today , menangis kemain la dia coz dia tak nak balik Indonesia , dia seboleh2 nak juga kerja kat sini tanpa permit . then my sister said , kalau bibik kena tangkap , dgn saya2 sekali masuk jail.. dia terdiam

so bout kul 10 cam tu dia masuk kemas2 bilik .. kitorang dgr cam dia bercakap dalam telefon dgn somebody .. my mom suspect ade something fishy , rupanya mmg betul..  dia call kawan dia sini minta cari kerja lain .. and nk jadi cerita ade somebody nk ambik dia as maid even dia x de permit ..

tau dia buat apa ?, dia bukanya pintu luar and letak beg kat tepi pintu , kami syak dia nak LARI !! ..

so my mom decide nk ambik segala kunci , nak grill sume pagar .. and my mom n dad terpaksa berjaga semalaman nk elak dia lari ..

tapi kami positive dia nak lari , sebabnya..

1. dia tak tido lansung last night.. every hour kot dgr dia masuk bilik air
2. dalam kul 3pagi  cam tu i ade dgr  macam ade moto berhenti kat tepi gate , then after sometime pecut.. ( i suspect mungkin org2 construction dalam area kejiranan i nie yg nk membantu dia) 
3. dalam kul 4 ke 5 am, dia keluar dari bilik , and buka main door .. dia x perasan my mom n dad tengah berborak kat ruang tamu .. terkejut beruk dia bile my dad tanya dia nk buat apa keluar!.. keke

so masa kat airport , kami akan hantar sampai ke depan immgeresn .. keke

hai la.. bibik...



1st oct nanti dapat new maid pengganti yg nie  , tatau  gimana  perangainya pula ya ?? .. hopefully dapat yg rajin kerja , and tak byk fe'el .. Amin..

Monday, September 27, 2010

i leave the tittle to be blank coz i tak tau nak letak tajuk apa to my update .. :p

actually tak de papa cerita best  pon today , today i puasa , masa lunch ni i nk pi berurut my rahim yg bidan kata da jatuh n senget, this is my 2nd appointment ..

ok , itu jer .. 

with that , i nak share to you a story i just receive at my office email .. a good story .. bout HISTERIA

Anda ingat lagi kes ini?  

OGOS 2009
, ia menandakan sudah sebulan aku mengikuti perkembangan masalah histeria melibatkan lebih 30 pelajar di sebuah sekolah di semenanjung tanah air (maaf, tak perlu sebut nama tempat. saya tidak mahu lokasi saya dan SHAHi dikesan 'sesetengah orang'). Masalah itu bermula sejak April 2009 dan terus berlarutan sehingga Ogos tanpa penyelesaian serta penjelasan yang kukuh. Malah, ia berlaku setiap hari.

Pelbagai teori muncul dari mulut penduduk-penduduk setempat dalam menghuraikan punca sebenar masalah itu tercetus. Guru-guru juga tidak terlepas daripada mengutarakan teori-teori mengenai punca terjadinya serangan histeria di sekolah itu.

Aku pula yang selalu hadir memantau bagi mendapatkan bahan berita di sekolah itu juga tidak terlepas daripada membuat tanggapan terhadap punca berlakunya histeria itu. Tanggapan yang aku buat pula hanya bersandarkan kepada teori-teori penduduk setempat dan guru-guru sekolah itu.

Disebabkan selalu sahaja berita mengenai kejadian itu tersiar di dada akhbar, nama aku mula menjadi tumpuan sejumlah bomoh, pengamal perubatan tradisional, pakar psikologi, pakar psikiatri dan pakar perubatan alternatif. Mereka semua tidak putus menghubungi aku, ada yang mahu menghulurkan bantuan kepada pelajar sekolah malang itu, ada pula yang hanya sekadar mahu tahu cerita sebenar dan ada pula bomoh palsu yang hanya mahu mempergunakan aku untuk meraih glamer di dada akhbar.

Bahkan, ada juga seorang psikik dari Indonesia yang datang menemui aku untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar mangsa histeria di sekolah itu. Psikik itu ternyata seorang psikik, aku sudah mengujinya dengan modul aku sendiri. Namun, dia juga tidak berjaya memulihkan keadaan di sekolah itu. Histeria terus berlarutan.

Sepanjang memantau keadaan di sekolah itu, aku sempat menemui beberapa pelajar untuk ditemubual sebagai responden berita. Melalui temubual itu, pelajar-pelajar memberitahu aku bahawa mereka ternampak beribu-ribu makhluk hitam merayap di atas tanah, di lantai bilik kelas, di atas siling, di papan hitam dan sebagainya.

Ada pula yang besar setinggi bangunan tiga tingkat, ada yang kecil, ada yang seperti budak, ada seperti perempuan, ada juga seperti lelaki, semua makhluk itu berwajah hodoh. Ada juga seperti seorang ‘nenek’ yang gemar memanjat di belakang pelajar sekolah itu sehingga menyebabkan mereka terbongkok-bongkok menampung beratnya makhluk seperti nenek itu. Nenek itu sangat gemar menunggang manusia.

Malah pelajar sekolah itu turut beritahu aku bahawa mereka pernah mengadakan majlis bacaan Yassin dan doa selamat di sekolah itu untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan makhluk halus. Menurut seorang pelajar perempuan yang menceritakan perkara itu kepada aku, dia beritahu bahawa dia didatangi ‘nenek’ tadi semasa sedang membaca Yassin. Nenek itu sedikit pun tidak gentar dengan bacaan al-Quran. Nenek itu dengan wajah bengis membisikkan ke telinga pelajar itu: “La ila, La ila, La ila..” yang bermaksud ‘Tiada tuhan, tiada tuhan, tiada tuhan..” sebanyak berkali-kali dengan suara menakutkan. Pelajar itu ketakutan ketika tiada siapa melihat perkara yang dia sedang lihat ketika itu. Dia kemudian diserang histeria ketika majlis doa selamat itu.

Namun, kisah itu tidak aku laporkan dalam laporan akhbar kerana berasa kekok untuk menceritakan semuanya dengan terperinci. Kini, dengan ikhlas aku lapor kepada pembaca blog ini semua.

Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menamatkan episod histeria di sekolah itu, sudah berpuluh-puluh juga bomoh dan pengamal perubatan tradisional datang tampil untuk membantu tetapi gagal. Pada masa yang sama juga, berpuluh-puluh lagi menelefon aku untuk menyatakan mereka mahu menghulurkan bantuan. Kemudian setiap panggilan telefon seterusnya, aku minta mereka berhubung terus dengan pengetua sekolah. Aku sudah penat melayan mereka semua kerana aku juga ada tugas lain yang harus disempurnakan.

Kemudian pada September, seorang alim dari Perak menghubungi aku. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ku (bukan nama sebenar) dan menyatakan kesediaannya untuk membantu pelajar sekolah itu menyelesaikan masalah histeria. Katanya, dia bukan pengamal perubatan, dia juga bukan bomoh, dia hanya mahu membantu. Keikhlasannya terpancar jelas walaupun kami hanya bercakap melalui telefon pada ketika itu. Aku setuju, kemudian aku menghubungi pengetua sekolah itu dan menyatakan niat murni Pak Ku.

Selang dua hari selepas itu, Pak Ku tiba di sekolah itu dan mahu berjumpa dengan aku untuk menyatakan terima kasih atas bantuan yang aku berikan. Aku tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah itu untuk melihat proses pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Aku hanya menunggu dari luar pagar.

Aku ingin melihat, lalu aku telefon pembantu Pak Ku menggunakan Video Call 3G dan aku menyaksikan pengubatan yang dilakukan Pak Ku. Biasa saja kaedah pengubatan Pak Ku, tak ada yang istimewa. Hanya sekadar membaca ayat al-Quran dan menghembus pada segelas air, lalu dipercikkan ke ubun-ubun pelajar yang terkena histeria.

Beberapa jam kemudian ketika aku sedang duduk di luar pagar sekolah, aku lihat Pak Ku mengekori seorang pelajar perempuan yang sedang dalam keadaan histeria (sampuk). Budak perempuan itu membawa Pak Ku ke satu kawasan dan menuding jari ke arah satu sudut. Kemudian dari jauh aku lihat Pak Ku berubah menjadi sedikit terkejut dengan benda yang ditunjukkan budak perempuan itu kepadanya. Pak Ku membaca sesuatu dan menyapu kepala budak itu dengan air, budak itu rebah dan kemudian dipapah guru-guru wanita. Budak perempuan itu adalah murid terakhir yang disembuhkan pada hari itu.

Pak Ku kemudian bertemu semua ibu bapa pelajar berkenaan dan menyampaikan pesanan mengenai cara mengelak anak mereka ‘diserang’ lagi pada masa akan datang. Apabila kelihatan seperti selesai semuanya, Pak Ku melangkah keluar dari pagar sekolah dan bertemu dengan aku.

“Dah beres ke Pak Ku?”
aku tanya.
“Belum. Malam ini, Pak Ku nak hang ikut Pak Ku. Itu pun kalau hang tak ada urusan lain malam ni.”
kata Pak Ku dalam dialek Perak Utara.
“Insya-Allah. Lagipun isteri dan anak saya ada di kampung hari ni. Boleh saja nak ikut Pak Ku, tapi pukul berapa nak jumpa?”
aku balas.
“Kita jumpa solat Maghrib sama-sama nanti di masjid depan tu.”
kata Pak Ku.



Menjenguk dari luar tingkap


Malam itu selepas selesai solat Maghrib, Pak Ku berpesan kepada aku supaya menjaga wuduk supaya tidak terbatal. Pak Ku juga berpesan supaya aku berniat dalam hati untuk terus pergi ke masjid untuk menunaikan Isyak apabila tiba waktu.

Pak Ku membawa aku ke belakang sekolah itu, dia duduk di sebelah kanan aku dan pembantunya di sebelah kiri aku.

“Pak Ku nak tunjuk satu perkara kat hang. Tapi Pak Ku pesan, jangan langkah ke depan atau ke belakang. Tetap berdiri tegak, jangan bergerak-gerak. Banyakkan bertasbih dan jadikan hati tak sabar nak menunaikan Isyak pula selepas ini.”
pesan Pak Ku.

Aku mengangguk tanda faham walaupun aku sebenarnya kurang faham tujuan Pak Ku. Kemudian Pak Ku membaca ayat-ayat suci al-Quran dan diakhiri ‘sodaqollah-hul-azim’.
Pak Ku kemudian melafazkan:

“Kamu juga makhluk Allah. Kami juga makhluk Allah, tapi kami khalifah yang beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan semua janji-janji-Nya. Aku berserah kepada Allah, Maha pencipta yang menciptakan ‘kamu’ dan kami. Perlihatkan anak Adam ini dengan dunia kamu, dengan kalimah La-ila-ha-illallah.”
lafaz Pak Ku.

Selepas kata-kata itu dilafazkan, terlihat seperti ada tingkap. Semakin lama, semakin luas bukaannya. Aku lihat ada perempuan cantik menanggalkan pakaiannya satu persatu di depan mataku. Kemudian aku sayup-sayup terdengar suara Pak Ku berulang kali memesan ‘jangan melangkah walau setapak’. Terdengar suara Pak Ku begitu jauh sekali walaupun hakikatnya Pak Ku hanya duduk beberapa inci di sebelahku.

Aku lihat ada dunia di belakang wanita itu. Ramai juga dayang-dayangnya yang cantik-cantik. Ada juga ular  jinak berlingkar-lingkar di kaki wanita yang sudah tidak berpakaian itu. Aku tetap berpegang kepada pesanan Pak Ku, jangan bergerak walau setapak.

Kemudian aku terdengar suara wanita itu seperti dia berbisik ke telingaku walaupun bibirnya sedikit pun tidak bergerak: Kamu manusia yang menginginkanku, aku berikan segala yang kamu mahu, melangkahlah ke arah ku ,” itu bisikan yang menyusup deras ke pangkal jiwa, sekadar yang aku masih ingat.

Perlahan-lahan, wajah wanita muda itu bertukar hodoh. Ular jinak tadi pula semakin ganas seperti mahu membaham aku.

Sayup-sayup, aku terdengar satu suara seperti memanggil-manggil jiwaku. Suara itu sebati dengan niatku sebelum itu. Tingkap itu terus tertutup sedikit-demi sedikit, sempat juga terlihat ‘anak-anak kecil’ berlari menyusup masuk ke tingkap yang sedang tertutup itu. Terasa belakangku ditepuk, aku dengar suara Pak Ku membisikkan dua kalimah syahadah di telingaku. Kemudian, aku terasa seperti terjaga daripada lena.

Pak Ku kemudian membaca sesuatu dan melontar beberapa ketul batu bersama pembantunya ke arah kawasan yang aku menghadap tadi.

“Jom kita pergi sembahyang Isyak,”
itulah peringatan Pak Ku sebaik aku ‘terjaga’.

Selesai solat Isyak, Pak Ku menceritakan perkara sebenar kepada aku. Menceritakan mengenai perkara yang aku lihat sebentar tadi tetapi tidak faham.

“Pak Ku suruh hang jaga wuduk supaya hang tak disentuh makhluk tadi. Pak Ku suruh hang kuatkan azam untuk tunaikan solat Isyak supaya azan Isyak yang hang dengar tadi itu dapat panggil jiwa hang daripada terus terbuai dengan godaan syaitan. Niat untuk tidak mahu tinggalkan waktu Isyak itulah yang menguatkan jiwa hang.
 

“Jiwa hang terpanggil oleh azan tadi disebabkan hang niat nak solat dengan ikhlas. Syaitan tak mampu goda manusia kalau manusia tu ikhlas. Itu senjata kita”
kata Pak Ku.

“Yang tadi tu syaitan?”
aku tanya.

“Ya. Itu syaitan yang sangat benci manusia dan selalu mahu menyesatkan manusia. Dia (syaitan) berusaha untuk goda dengan cara tadi (menjelma wanita berbogel) sebab dia tahu isteri hang tak ada di rumah. Sebab dia tahu hang rindu isteri hang.
 

“Tapi mujur hang tak melangkah walau setapak. Sebab kalau hang melangkah walau setapak tidak kira ke depan atau ke belakang pada masa tu, hang akan melangkah masuk ke dunia ‘dia’. Kita manusia ni dilarang masuk ke dunia dia (syaitan). Yang hang tengok tadi cuma dari luar pintu. Hang tak masuk pun dalam dunia tu.,”
kata Pak Ku.

“Tapi, kenapa Pak Ku buat macam tu. Saya tak mintak pun Pak Ku tunjuk semua tu kat saya,”
aku menyoal.

“Pak Ku buat macam tu sebab Pak Ku nak bagi peluang hang tengok apa yang sebenarnya ada di belakang sekolah ni. Sebab Pak Ku yakin, hang takkan melangkah masuk. Atas sebab tu Pak Ku bagi peluang kat hang,”
kata Pak Ku.

“Sebelum saya sedar tadi, ada ‘benda’ macam budak-budak kecil berlari masuk ke situ. Apa benda tu? Lepas tu, apa yang Pak Ku lontar batu?”
aku tanya lagi.

“Itu juga syaitan, jin. Lontar batu tu sebagai tanda benci kepada syaitan, tapi tak sama macam melontar di Mekah. Lontar tu sebagai amaran supaya dia jangan ganggu anak Adam lagi. Makhluk-makhluk kafir tu lari masuk ke dunia dia selepas dengar azan Isyak. Pak Ku pilih waktu antara Maghrib dengan Isyak sebab waktunya pendek. Kalau Pak Ku ambil waktu antara Isyak dengan Subuh, itu nampaknya hang kena tahan godaan dalam tempoh yang lama. Lagi pula kalau wuduk terbatal antara waktu yang panjang tu, maka lagi senanglah dia nak goda.
 

“ Pak Ku buat ni sebab dapat rasa yang hang ni susah nak percaya kat bomoh-bomoh tipu yang hanya nak ambik kesempatan atas hang untuk glamer di surat khabar. Pak Ku buat ni sebagai nak bagi hadiah atas kesudian hang bagi peluang kat Pak Ku untuk tolong budak-budak ni. Terima kasih sebab percaya dengan niat Pak Ku. Tak perlu tulis cerita Pak Ku cuba ubati budak-budak sekolah ni dalam surat khabar,”
jelas Pak Ku.

Kemudian Pak Ku beritahu aku, dia tidak mengubat orang. Dia hanya mahu menolong budak-budak sekolah itu yang mahu belajar dan terganggu setiap kali ada kejadian histeria. Dia tidak pandai mengubat orang, dia hanya ‘menyuruh benda itu’ balik ke dunia mereka. Itu saja. Kata Pak Ku, dia tidak pandai mengubat saka, dia juga tidak pandai mengubat santau, tetapi dia boleh melihat dan berunding dengan makhluk-makhluk itu. Tetapi juga, dia hanya boleh berunding dengan makhluk-makhluk halus yang tidak ada perjanjian dengan manusia. Aku sukar mempercayainya, tetapi Pak Ku sudah buktikan kepada aku. Itu kelebihan yang Pak Ku ada.



Kes selesai


Seminggu kemudian, masalah histeria itu berakhir. Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana isu histeria di sekolah itu berakhir, Pak Ku lah orang yang menamatkannya dengan izin Allah. Aku pula sudah tidak perlu lagi berulang-alik ke sekolah itu untuk melapor berita yang aku sudah bosan menulisnya setiap hari. Aku sudah boleh memberi tumpuan kepada berita-berita lain terutama berita jenayah yang sangat aku suka tulis.

Pengalaman itu juga membuktikan bahawa azan mempunyai kuasa dalam mensejahterakan jiwa. Wuduk juga mempunyai kuasa sebagai perisai pertahanan diri daripada godaan syaitan. Niat yang mahu ke jalan Allah juga mempunyai kuasa yang akan menjadikan jiwa sebati dengan segala suruhan-NYA. Semua itu akan berkoordinasi dengan harmoni dalam tubuh manusia, menjadikan kita sedar tujuan kita diciptakan. Aku sudah merasainya, tapi sukar untuk aku buktikannya.

Sekali lagi, tidak ada bukti logik dalam perkara kuasa azan, wuduk dan niat. Tetapi, suara azan lah yang memanggil jiwa aku supaya sedar dengan niat aku sebelum itu. Ketika azanlah aku melihat ada ‘anak-anak’ berlari menyusup masuk ke alam itu. Aku juga tidak paksa pembaca semua percaya, mungkin ada yang kata ini hanya cerita karut. Jika karut bagi anda, maka terpulanglah.
--

Jangan pernah takut setiap kali melihat syaitan, jin atau hantu…makhluk-makhluk itu akan tersenyum bangga apabila mengetahui manusia berasa lebih takut kepada mereka melebihi rasa takut kita kepada Allah.


Hanya takut kepada Allah…



Friday, September 24, 2010

My 1st Tupperware ...

caya tak ? i da 3 tahun kawen , 3 tahun jadi wife ,  nie baru 1st time i buy tupperware .. means i nak melibatkan diri secara serious dalam aktiviti dapur bile dah bergelar FTHW ( full time house wife) soon .. tupperware nie utk di bawa ke dubai..

and.. caye tak , bile da buy tupperware nie .. rase life as a wife complete yer...


haha ...ade2 je i nie kan ??

i buy this ... 


buy 6 pcs Square modular mates , get FREE 6 pcs Oval modular mates .. and extra 2 more big size .. sape nak buy , buy today .. promotion habis esok .. 



p/s: after i bought this , semacam ade suara2 sumbang kat tepi telinga i suh i buy semua set dalam katolog tu.. semua nampak menarik...  adei ~  

Thursday, September 23, 2010

Rezeki tergolek


Hye everybody .. hows ur day ? me rase sakit2 belakang , sengal2 badan .. duh x selesanya ..

Ok , back to the topic , ape yg rezeki nya..??

Meh nk jeleskan sket ,
 I baru dapat this whity white thing from my phy…..


Tadaaaa.........




buy kat dubai maaanyak mulah dari buy kat malaysia.. keke


No no .. Phy x balik Malaysia .. his friend yg balik pass to me ! J

All this while I Cuma ade desktop , but dah dijual coz tak nak bawa ke dubai .. and currently  I use my office laptop to get in touch with all of u , my blog world , but since next month is my last day working , sure la nak serahkan laptop office  nie semula …  so laptop baru nie la yg akan jadi penyambung nyawa to get connected  to all of you …  kalau tak.. mati kutu I tatau nak wat ape kat sana nanti.. keke..

Bout sakit2 badan nie.. ingat nak pi buat bekam arr.. kat mana yg best and murah ??


Wednesday, September 22, 2010

Negative thinker

Of Late , i dok pikir benda2 negative jer.. especially negative bout my one and only son. Mind u , last night , whole night i tak tido risaukan farrihin . risau i tak ber tempat sampaikan dia yg nenyak tido pon i tak puas hati .. nak tau and feel juga  degupan jantung dia .. hrmmm ~ punya la i nie ..

bukan tu jer .. i risaukan my adik yg baru sampai di cairo , ok ke dia ? makan ke dia ? i risau dapat ke i jumpa dia lagi sekali ...and macam2 lagi..


and .. i risaukan my preggy SIL di UK , last night dapat tahu yg dia kena admit kat hospital  coz Dr said ade infection . dunno what infection.. but im worried to death .


so .. today , satu badan i sakit2 sebab tak cukup tido .

pikiran negative i kembali lagi bila bloghopping and baca kisah arwah wawa , baby 3 bulan yg meninggal di tangan pengasuh . arwah adalah anak buah kepada seorang blogger , u can read here.. accident happen anywhere...

now , i tak dapat concentarte buat keje ..


Ya Allah ... Tenangkanlah fikiran ku...

Tuesday, September 21, 2010

cerita seminggu selepas syawal

salam  semua....
best x raya korang ?? mine was bad... too bad.. coz i demam seminggu !. manakan best orang berjalan raya .. kite terlentang di atas katil! .. owh .. bout baju yg i pakai masa 1st syawal..thanks .. ramai yg kate baju tu lawa.. but actually ...  tu bukan baju raya i sebenarnya... baju tu i buat sempena majlis sambut menantu wedding adik i last January , tema dia peach.. huhu.. tu yg nampak meriah sgt.. sebab bukan baju rayer.. i tak buat baju raye pon taun nie



owh yahh.. last sunday , my younger brother da berlepas ke mesir sambung Pengajian Qiraat dia .. i ngan kakak la org yg paling kuat nangis sekali kat airport .. duh! .. sedih! .. even rite now pon masih nk keluarkan i mata .. i pon x tau nape la i risau sgt  , sedih sgt . mind u , masa dia kecik , i la yg jaga dia , play with him , feed him , wash him , entertain him ... mungkin i masih tak percaya adik i tu da besar panjang ... dah tiba masa dia berdikari di tempat orang .. its really hard for me to accept this ! hrmmm~


Dengan berlepasnya adik ni , tinggal sebulan lagi for me before i pulak berangkat ke dubai .. seb baik my kakak ade di sini  and agreed  nak stay dgn ibu , so ade la kawan ibu  n ayah sepanjang peninggalan kami       ( me , aboy , adik ) di tempat org . pada kakak je la yg saya harapkan untuk menjaga ibu ngan ayah ..


ok.. itu jer.. layan gamba kat airport yer..  gamba x dapat ambik byk.. org ramai sgt nak menghantar anak2 dia ke mesir, student 56 org jer.. yg nk menghantarnya more than that ..


sempat cium anak2 buah kesayangan dulu before bertolak




Friday, September 17, 2010

demam

tak de mood nak blogging . demam , batuk , selesema . da dekat 4 hari tak baik2 lagi .. jap lagi nak pi sjmc . hopefully diorang tak admit i . esok my family nak buat open house . btw , i nak mengajak uolss ke open house esok . 2 ke 6 pm . datang la yer.. kat taman hulu langat jaya, batu 9 , cheras , email me kalau nak alamat n no tel ek :) firahadifa@gmail.com. regards , me via e71

Wednesday, September 15, 2010

NIKON D80 For Sale

My Phy nak upgrade his SLR , so untuk memberi peluang yang baru , yang lama terpaksa dilepaskan .. so before i advertise di mudah  or memana tempat . i think its not fair if i tak offer dulu to all  my blog friends ..kan kan kan.. :)



google


nikon D80 with kit lense 18-135mm,

1x battery, 
1x charger,
 1x D80 body, 
1x nikkor lense
 1x 2GB sd card.

Excellent Condition 

Camera nie da usia 2 taun 

shutter Count only 5k,
lagi 75k bole pakai, (service/replace at 80k)


Camera nie skrg berada di Dubai , if ade buyer , akan dihantar pulang ke Malaysia 

ALL for RM 3000 ONLY!

whoever interested , can email me 
firahadifa@gmail.com

or 
email direct to him

firrdaus@gmail.com

Sunday, September 12, 2010

Sesuci Lebaran

hye all...


 i know .. i know... now masing2 tengah mood raya lagik .. masih demam raya lagik.. , perut tu masih sebu , ngan rendang , ketupat ,kuah kacang , kuih raya.. the foodsss ... duh! crazy!

ahaks...

just nak post gamba kami di pagi raya ..before that , nak recap balik our family picture during last raya




this picture during our last raya .. sume ade. complete!

and ...


for this year.. kami saja yg ada...

Raya kali nie me , my adik and my parents je yg ade. tak semeriah raya last year .. last year cukup korum .. tapi this year minus 7. cedey.. hopefully next year bleh reunion semula..

nape x cukup korum?

1. My sister sekeluarga  balik beraya di rumah mertua
2. Aboy di UK x balik beraya
3. and My Phy :(



Pagi Raya Kami tanpa My Phy.. feels like empty space in our heart..


ok . itu jer.,..


p/s : pedih hati , perut sebu ,angin.. tu la.. sape suruh makan x hinggat!. keke

Wednesday, September 8, 2010

nk tnye lar..untuk muke yg da scar sesuai gune set yg mane???

untuk parut , both set sesuai , bergantung pada jenis kulit muka..

Ask me anything

salam, fida..hr tu i dah beli pearl cream n facial cleanser..so now ingt nk beli herbal moisturizer..mcmana pembelian secara online ye?-aishah-

Untuk membelian secara online , boleh emailkan ke goldenhorsecosmetics@gmail.com.

order aishah akan diproses secepat mungkin , or just call 0126382201

Ask me anything

kulit berminyak dan berjeragat mcmana?

Boleh menggunakan set kuit berminyak juga ..

Ask me anything

Berapa harga golden horse pink cream?

Hanya 15.90 sahaja

Ask me anything

muka saya putih jenis berminyak dan berjeragat.tolong bagitau saya mana satu set lengkap Golden Horse yg sesuai untuk saya pakai agar kulit muka kembali berseri

Jenis kulit puan ialah kombination skin , untuk jenis ini , disarankan agar puan memakai set kulit Berminyak Golden Horse Cosmetics

Ask me anything

adakah produk ni boleh hilangkan parut jerawat dan lubang kat muka?

Ya , Product Golden Horse Sangat Berkesan dalam menghilangkan parut jerawat di muka secara semulajadi . Untuk Lubang di muka , ia bergantung pada kesan lubang tersebut

Ask me anything

BOLEH TAK KRIM TUTUP HITAM DIPAKAI UNTUK KULIT BERMINYAK?

Boleh . Ia sesuai untuk semua jenis kulit

Ask me anything

saya berada d seremban,ada x pengedar sah @ cawangan d negeri sembilan

kami mempunyai agen yang sah di seremban , terminal 1 , LG .
Terima Kasih

Ask me anything

berapa harga set pencerahan kulit dan bolehkan produk ini di dapati di Brunei atau Miri, Sarawak?

set pecubaan perncerahan kulit hanyalah RM 91 sahaja. set asas pencerahan kulit berharga RM 128 sahaja ,

maaf kami masih belum mempunyai agen di miri dan di brunei , jika cik berminat , boleh membeli secara online
sila emailkan kepada goldenhorsecosmetics@gmail.com untuk pesanan cik , kami akan memproses pesanan cik secepat mungkin

Ask me anything

KAD RAYA

This entry probably my last entry before we start having a long holiday to celebrate Eid . raya nie i cuti sampai 20th .. u ??

I nak tepek kad raya yg i dapat ..

from edah my usm Friends




From Farra Dhelina

From Atie


From Zue


From E-car


From   Ayu

From Maya



From Chugi


From Nana



                                                                 from amy ( mamatisya)



From mummyayu


dan beberapa lagi yg i mungkin tak perasan ade kad raya for me ..

Thanks Girlsss you All make my day :)..


Sorry .. i tak buat Kad Raya ,
Mood Raya kali nie sangat sederhana .. tak de apa yg best raya kali nie.. mungkin sebab xde Phy disisi .. my family pon ramai yg tiada disisi...
baju raya mmg i tak tempah , pakai baju yg i buat masa wedding adik i jer ..
Kasut pon x beli ..


ok .. itu jer nak say ...

last but not least

I humbly apologize to all my readers , which ever my entry yg pernah buat perasaan anda terguris , or my komen yg tidak disenangi , or my annoying manners as blogger and your friend  ..

Maaf Kan lah i ..



SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN



Monday, September 6, 2010

TGI Friday , Subang Parade

For my blog  readers which have been following  my blog for sometimes  mesti da tau me n my phy nie peminat TGI Friday, and TGI Friday kat subang parade is the best place for hanging out kami

 hrmmm .. i bukan nk cite pasal kenangan2 i kat sana nor makanan2 yg sedap kat sana .. i nk share bout something that one of my friends emailed to me ..

TGI Friday kat Subang Parade TAK HALAL , AND LOGO HALAL yg diorang paste kat Menu tu is not Halal Approval from Jakim . The Use logo halal JAKIM tanpa sijil Halal yang sah...


sebabnya , every daging yg nak dimasak , dia akan peram sos yg dicampurkan dgn arak supaya dia lebih sedap..
Tanda Hala. Kat Menu

i know , dulu everything yg bernama Jack Daniels x bole di makan coz ade alkohol ,bile da ade tanda Halal Jakim kat Menu tu , rase confident nk makan TGI nie ,  tapi every time ke sana kami tak ambik pon JD nie .. coz macam ade was was kan.. ambik menu lain .. but  now.. rase dah tak konfident terus .....



and now .. me n my phy tengah discuss pasal benda nie via gtalk ..  masing2 terkedu!

be careful guys..


Thursday, September 2, 2010

hahaha .. hehehe....hohoho....

keke...Ape yg gumbira sgt nie?? tak de la happy sgt.. tapi happy jugak.. sebab staff baru yg akan  ganti kerja i sepeninggalan i nanti da masuk . 2 org lagi tue.. best2...

boss suh i train diorang , so i akan bagi comprehensive traning kat depa ni .. tolak cuti raya nie  , tinggal sebulan lagi i nak train diorang.. hopefully  diorang cepat blajar . kena jadi cikgu yg garang nie.. tapi bleh ker?? sure tergelak nanti kalau buat2 marah..ngeee~


Semalam tak de update . farrihin x sihat . dalam tak sihat pon sempat lagi dia baling my camera sampai rosak !! .. aduhhhhhhhhhh .. camera i tu baru 3 bulan buy .. da la nak dekat raya.. what can i say... nak marah2 byk sgt pon. dia budak , bukan reti apa ..


ok. itu jer nak update , just post gamba my nephew tengah solat dgn ayah dia  ..


kusyuk betul solat.. 


datang si farrihin , ditolaknya my nephew, angah nie , dia plak nk solat , yg si angah nie,  dia suruh solat kat sebelah 



siap bentang sejadah baru bagi angah solat kat belah kiri ayah dia ..




Related Posts with Thumbnails