Followers

Wednesday, February 23, 2011

uwan

my uwan meninggal pagi tadi sebelum subuh waktu malaysia . aboy call inform me masa saya baru je nak melelapkan mata . skype dgn ibu , diorang pon tengah bersiap balik ke kampung .  minta tolong my blog reader sedekahkan  Al - Fatihah untuk arwah  .


Sebelum berlepas ke sini last october  , saya sempat balik kampung  berjumpa dgn uwan . kali terakhir pandang uwan , pegang tangan uwan , memang ada terdetik di hati ni.. dapat ke bertemu dgn uwan kembali ? dapat ke  menatap wajah sayu uwan walau mulut x lekang dgn senyuman  ..? Allah lebih sayangkan dia ....

owh uwan.. jasamu , pengorbananmu , ketabahanmu , kesungguhanmu menjaga 14 anak dan lebih 30 cucu memang tak tertanding tak bole ditukar ganti , semoga uwan damai & tenang disana...


well .. this is the concequences staying apart from home , we will missed this very important momment  , bidding farewell for the last time , Recite surah Yassin for her , kucup her cold forehead for the last.. Arghhhh~ i wish i was there , joining my family in this sad and trying moments . so im not all alone here crying  and trying to be strong for the lost of my forever  beloved uwan .



in Memory of Hjh Esah binti Talib
 1927 ~ Feb 2011

Al - Fatihah

Thursday, February 17, 2011

OFF TOPIC : Rejim Yang Zalim Mesti Ditukar


wanna share sumething yg i dapat dari my email , bout revolusi negara arab. bacalah .. good for knowledge and whoever yg nk tau  nape diorang nk gulingkan pemimpin diorang .



Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).RakusDunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi. First Lady Tunisia - Leila Ben AliIsteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.
Leila benALi Former 1st lady Tunisia
*google *




Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.

Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!

Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.

Hosni Mubarak
*google*


BohongPara pemimpin yang selekeh dan tidak amanah menguasai kebanyakan Dunia Islam dan Arab. Mereka diagungkan oleh golongan yang berkepentingan dan disokong oleh segelintir rakyat yang diperbodohkan. Barat yang kononnya inginkan demokrasi disebarkan, namun mereka hipokrit dalam masalah Dunia Islam. Mereka membiarkan pemerintah kuku besi terus di tampuk kuasa selagi kepentingan mereka dijaga. Jiwa kapitalis Barat melebihi kehendak demokrasi mereka. Jadi, Dunia Islam bak kata Nabi s.a.w:“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” (Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Hakim dll. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).Salah SasaranMalang sekali, ulama-ulama ‘pro rejim’ seperti Mufti Mesir yang hari ini sibuk menasihati rakyat agar jangan berdemonstrasi dan mengalu-alukan langkah Hosni Mubarak untuk proses pembaharuan, tidak pula selama ini membantah kerakusan kuasa yang berlaku. Pada hari pemerintah mengaut dan menghisap darah rakyat, mereka sibuk membahaskan isu-isu ketaatan rakyat kepada pemimpin dan tidak pula bertegas tentang kewajipan pemimpin menunaikan hak rakyat. Jika Hosni gagal membuat perubahan dalam masa 30 tahun memerintah, apakah mungkin dia boleh melakukannya dalam masa 7 bulan yang dijanjikan?! Jika mampu pun, bererti dia selama ini khianat kerana tidak melakukan pembaharuan itu dalam masa 30 tahun tiba-tiba hari ini dia menyatakan ia boleh dilakukan dalam masa 7 bulan!. Gambar HiasanHari ini golongan agamawan khususnya dari aliran ‘salafi’ sibuk membahaskan tentang demokrasi dan demonstrasi bukan dari ajaran Islam. Bagi saya itu adalah persoalan persepsi bagaimana kita memahami demokrasi dan dalam konteks apa demokrasi itu dilihat. Kita patut bertanya mereka apakah pemerintahan otokrasi atau kukuh besi itu dari ajaran Islam? Apakah membiarkan pemerintah menghisap darah rakyat tanpa membantah itu dibenarkan oleh Islam?






Persoalan falsafah dan konteks demokrasi dan demonstrasi memang patut dibincang dan dihalusi di sudut fekahnya. Namun adalah tidak adil apabila rakyat bercakap soal demokrasi dan demonstrasi lalu fatwa haram atau bid’ah dikeluarkan, sedangkan ketika pemerintah mengamalkan kuku besi, kezaliman, rasuah dan merompak hasil negara, golongan agama ini muncul dalam media untuk hanya mengingatkan rakyat tentang syurga dan neraka, tetapi tidak pula membaca nas-nas agama yang mengingati pemerintah bahawa kezaliman mereka adalah dosa yang amat besar dan neraka yang bakal menanti. Apakah agama hanya candu untuk rakyat bawahan supaya dapat melupakan kerakusan orang atasan?! Nabi s.a.w bersabda:“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolongan kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan Ibn Abi ‘Asim. Dinilai oleh al-Albani. (lihat: Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah, tahqiq: Al-Albani, hlm 337-339).Mengapakah golongan pro-rejim tidak mengingatkan pemimpin mereka tentang hadis Nabi s.a.w: “Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” (Riwayat Muslim).

Demonstrasi AmanYa, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.

Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!.

Tuesday, February 15, 2011

gigi

when i was small , bout 7 -9 years old ,  my dad used to say my teeth is the 2nd preeties teeth in the whole world ... mind u , hati i berbunga2 riang that time on his compliments  sampai i  tak pernah tanya dia  siapa yg the 1st preeties teeth in a whole world .. for me , the 2nd is good enough!


so when i grew up , think 10 years back , i dgn bangganya told my siblings disaksikan ayah  that ayah once told me that i have the 2nd preetiest teeth in the whole world .. but ayah meluluhkan jiwa i bile dia tanyer balik kat i , whos the 1st ? .. and i said . mana anyah tau... u didnt tell me . then he said .. ayah la..  and me , *^&^()__)$#*&%^^%$$. speachless !!


i  frust menonggeng  bile ayah  kate cam tue..... i tought it was real ! my teeth is in 2nd rank this preetiest teeth in the world . rupa2 nya.. its only a complements to her  8 years old  daughter , mayb beacuse she always brushing her teeth at night  :(


mhuhu.. owhhh selama nie aku sungguh perasan yg gigi i nie 2nd paling cantik di dunia... '


so today . is my memorable day ... i bakal menamatkan kesengsaraan kesakitan gigi i yg dah sebulan i menanggung kesakitannya ... today i will see my dentist; he will do piling at my roots , n cover it with crown . hopefully my rooth canal treatment success .


 bye all .


korang .. sorry la  kalau membazir masa baca entry ku yg mengaruts today ...

Monday, February 14, 2011

hye guys , jap gi i n my al qouz neighbour nak gi mandi manda kat poll  rumah my  other friend. saje je nak entertain our kids mandi poll . my apartment kat sini  nie x de poll , so kalau nk mandi poll .. kena la gi umah kengkawan yg ade poll .. :p

so im kinda i hurry .. some i da visit blog diorang , some x sempat ..will get to u later ya..

i left  gamba our weekend activities , gi visit newborn baby , jenjalan kat palm jumeira n window shopping at my favorite place, naif!




baby k dila .. my phy .. nampak je hati keras , tapi dia sangat2 suke babies n kids



ambik berkat :)



tau.. alya . big sister to this new born baby, dia  nie x sampai lagi 2 tahun , tapi sebesar saiz farrihin.. phy suke sgt budak nie sampai nk tido pon sebut nama budak montel nie. huhu

at palm jumeira .. the famous place in the world , tanah ( pulau buatan ) yg bentuk dia like pokok palma tue...



yg nie kitorang lalu kat area batang dia jer..


jalan depan sket is area rumah2 , yg shape  dedaun nipah ni . rumah david beckham pon de kat sini satu.. yg mana tak tau la

nie la bentuk umah tue



jalan depan sket is atlantis , yg area bulan sabit tu..

atlantis , tak masuk pon.. tengok dr luar je .. and kalau nk masuk pon kena yg betul2 nk stay saja which beribu2 per night!!

laut

farrihin excited





                                              ok . itu jer... ohh before that ,  i nk buat survey ... korang nk tak beli kain yg tak siap  yg siap ade stone  cam nie... ??? .. kain ade sulam n batu  lengan dan di leher ...  kalau interested , let me know ya.. i nak jual la kain2 cam ni to malaysia ... kat sini byk kain2 yg dah siap beads and saaaangat la cantiks .. mind u , korang akan terkejut beruk ngan harga dia! like i terkejut!!





ok . itu jer.. i da lambat ...  bising la my friends menuggu i nie... huhu

Thursday, February 10, 2011

Miss X

Finally ,  my phy pass driving license and bought car . a basic needs for us living as expat in UAE  . we named it Miss X .  makin mudah dan panjang lah langkah kami bile da ade kereta... i plan nk ke negara jiran like oman , qatar or bahrain via car ..  but phy lagi extreme ...  dia plan  nk ke mekah buat umrah travel by his beloved car jer! memang la x jauh dah .. saudi is negara jiran UAE  gak.. tapi mekah ?? aduh..bukan 2 jam travel like nk pi oman! , 2 hari! .. mau kejang kakiku duduk dalam kete !

yg kat bawah nie gamba farrihin dalam miss X  abah dia . sunggu excited tak terkata . time nie kitorang on the way nk pi birthday party  anak my friend ... singgah mall jap buy toys before ke party tue..  




my heros



farrihin da pandai  buat peace , blaja ngan acu dia la nie masa holiday kat uk tu hari ..


nk bergaya kalah abah dia



farrihin : mama , atik tak ??



anak bikers , cam nie la..  pandang nampak moto .. tapi x padan ngan badan .. kaki tu pon x sampai jejak tanah lagik... tunggu la farrihin besar sikit je.. baru mama buy


at the party

kek ice cream ni sedap





nice decoration . byk baloon .


farrihin suke dapat goodies bag


para ibu2 .. tuan rumah yg second last . gamba nie i cilok dari tuan punya fb yg paling hujung nun.. some  of them read my blog .. jgn marah na.. i letak gamba uolss :))


nie la birthday gal.. mmg comel sesangat .. mind u , baru  masuk 2 taun taww.. mmg cembam , montel , gebussss. da la tue.. x takut ngan org lak tue... eyy geram2 !  



ok . itu je .. cite for today , i bile nk bawak kete ? ahahaha... kalau nk tau .. i dah curi2 bawa miss X phy without  UAE driving license .. tapi x jauh la.. sekitar area kawasan al qouz jer.. hujung bulan nie kot i start blaja .. tapi pening jugak n kekok sebab Left handdrive kan.. ade la jugak beberapa kali silap lane .. luckly xde kete ! lol!

Wednesday, February 9, 2011

rindu!

hye all..

sorry sebab blog tergendala da lama.. i sakit gigi u.. so xde mood nk wat pape pon.. plus internet kat sini cam siput .. susah nk upload gamba , plus my loptop broken... aduh.. byk tul halangan dan rintangan ..


ok. this shud be my last entry bout my holiday to UK kot ..  xde ape nk cite pon.. coz benda sama je , i gi shopping jer.. itu pon da byk kali cerita on my last2 entry kan..

so layan gamba je la ek ?


@ croydon to victoria station





Harrods , farrihin keje dia mengejar burung jer..





lapar . seb baik bawak bekal nasi lemak . nasi lemak sambal kosong je pon sodap! kalau sultan pahang lalu time nie.. mesti dia singgah pekena nasi lemak ibu buat nie.. hehe



 

at Dodi n diana 's memorial at harrods , ayah belanje handbeg baru..weeeee..
 sumpah tak mo jual beg nie...




beg ralph lauren ni da lama menjadi idaman i .. tapi suke lagi beg yg ayah belanje kat atas tue tue..








piccadilly




kalau gi oxford street , mmg x sah la kalau x bergamba ngan patung manusia n minatang  kat hemleys




waffles bond street is the best!!



gamba last day before balik , jalan kat croydon j2... da xde masa nk ke london da.. farrihin as usual . tido jerk kalau berjalan . sejuks



ok , itu je la.. tho byk lagi gamba .. tapi malas la nk tunggu lama nk upload .. nengok kat fb je la ek..


bye olls ! sumpah ! Wallah !  rindu korang !


Saturday, February 5, 2011

long pause II

im back !... im back ! .. im back !!

firahadifa @ blogspot akan kembali beroperasi seperti sediakala bermula minggu depan !

maaf atas segala kesulitan 


next update 

1. cerita UK yg tak sudah2 lagik

2. cerita Desert Safari Part2 yg tergantung 

3. cerita dubai gathering yg dah basi 

4. cerita farrihin situ , sana , sini 

5. and me , me , me !


tungguuuuuuuu




Related Posts with Thumbnails